Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: “Apa Yang Kita Cakap Harus Hati-Hati Takut Berbalik Pada Diri Sendiri” - Aliff Aziz

Mya Amri
30/11/2023 09:55 MYT
Bekas bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz mengakui sebagai seorang manusia, dia tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Menurut Aliff, dia berpegang kepada nasihat ibunya iaitu untuk sentiasa berfikiran positif.

“Sebenarnya saya sangat memegang kuat nasihat daripada umi saya, sebelum jadi penyanyi pun umi kata dalam kehidupan ini mustahil kita dapat memuaskan hati semua orang.

“Kalau nak kata kita ni hebat, baik sangat dan sebagainya, ciptaan paling mulia atas muka bumi ini adalah Nabi Muhammad S.A.W.

“Baginda pun ada orang yang tidak suka. Jadi kalau ciptaan paling mulia pun ada cabaran seperti itu, apatah lagi saya yang kerdil hina ini.

“Bagi saya dengan berfikiran sedemikian kita tidak akan cuba untuk memuaskan hati semua orang sebab hakikatnya begini,” katanya kepada Gempak.

Aliff berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen-komen negatif netizen yang kerap ditujukan kepadanya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Saya Tak Pernah Dengar Aliff Menyanyi Banyak Error Seperti Ini” - Ramli MS

Malah kata Aliff lagi, kehidupan seharusnya dijalani dengan tenang, bukannya ditentukan oleh orang lain.

“Kalau kita baik macam mana sekali pun akan ada juga sesetengah pihak yang mencari silap kita. Buat baik pun orang cakap, kalau tak buat baik lagilah orang bercakap.

“Kehidupan ini kita yang tentukan, takkan lah kita ini nak hidup berdasarkan setiap individu itu punya pendapat,” jelasnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Enggan Guna Alasan Kesihatan, Aliff Aziz Akhirnya Dedah - “Dah Dua Minggu Bergantung Dengan Antibiotik & Steroid”

Bagaimanpun Aliff juga berpesan supaya berhati-hati dalam memberikan komen dan menjaga bertutur kata kerana dikhuatiri akan berbalik pada diri sendiri.

“Bagi saya dah nama pun pendapat, adat resam dalam pertandingan ini pasti ada orang yang ada komen macam macam.

“Ada yang suka ini, ada yang suka begitu, tak ada masalah cuma yang tengok GV ini kebanyakkannya berbangsa Melayu, beragama Islam, cubalah kita keep it positif. Insya-Allah.

“Ini adalah sekadar hiburan, selepas pentas akhir ASGV ni dah habis dah. Tapi apa yang kita cakap tu apa yang kita kongsikan tu kita harus sangat berhati-hati kerana kita takut berpatah balik pada diri sendiri.

“Saya cakap ini bukan kerana saya baik… Saya harapkan apa kebaikan yang saya kongsikan ini Allah berikan kebaikan itu kepada saya. Insya-Allah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Terlalu Banyak Error Antara Punca Aliff Aziz Gagal Mara Ke Separuh Akhir

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Aliff Aziz #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV