Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Stars Gegar Vaganza: “Dalam ‘Terma Bisnes’, GV Satu Show Yang Berjaya” - Nabil Ahmad

Izwan Isa
20/10/2023 14:50 MYT
Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Nabil Ahmad mengakui bahawa elemen ‘drama’ dalam program tersebut sebagai satu perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton.

Nabil berkata, Gegar Vaganza (GV) juga merupakan satu-satunya program yang berupaya untuk membuatkan orang ramai bercakap tentangnya selama seminggu sebelum konsert seterusnya berlangsung.

“Drama dalam GV merupakan satu hal yang orang tunggu-tunggu. Dalam ‘terma’ bisnes, saya rasa GV merupakan satu show yang berjaya. Ia buat orang bercakap dan nak tengok serta menunggu konsert yang akan datang.

“Nak dapat satu show yang orang begini, tarik perhatian penonon dari minggu ke minggu… kita patut duduk dalam kategori bersyukur. Apa-apa pun, any publicity is a good publicity,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Nabil tidak menolak jika ada dalam kalangan netizen yang melabelkannya sebagai seorang ‘Pakar Content’.

“Kita di televisyen perlu bersaing dengan TikTok dan platform media sosial lain. Contohnya, TikTok tampilkan video 15 saat… tempoh tersebut terlalu pantas (untuk disaingi).

“Jadi, saya ok kalau orang panggil saya Pakar Content kalau show seperti GV dapat buat penonton duduk layan dan sembang tentangnya selepas itu,” katanya lagi.

BACA: Raih 6.11 Juta Tontonan, All Stars Gegar Vaganza Program Hiburan No. 1 Malaysia​

;