,
Laman Utama

Raih 6.11 Juta Tontonan, All Stars Gegar Vaganza Program Hiburan No. 1 Malaysia

Izwan Isa
17/10/2023
09:23 MYT
All Stars Gegar Vaganza masih unggul sebagai program hiburan paling popular di Malaysia dengan 6.11 juta tontonan, menurut laporan Kantar DTAM.
Hal ini dapat dilihat menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang menggungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi Platform X.
Selain itu, komen-komen positif turut dapat dilihat sejak konsert pertama All Stars Gegar Vaganza mula bersiaran pada 24 September lalu.
POWER GILAAAAAAAAAAAAA! MANTAP!!!! 100/10!!!!!#GV10 #GV10TOMOK— MH (@xmhhoodxs) October 16, 2023 Lebih istimewa, konsert minggu keempat baru-baru ini turut menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang-bintang Gegar Vaganza All Stars dimeriahkan dengan kehadiran barisan ikon muzik tanah air.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata: “Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu. “Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan All Stars Gegar Vaganza trending setiap kali bersiaran. “Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan All Stars Gegar Vaganza sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Program yang telah sampai ke musim ke-10 ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.
Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza termasuklah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.
Dibawakan oleh Farm Fresh, Digi, PowerCat dan Cuckoo, All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
All Stars Gegar Vaganza ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.
Gegar Vaganza All Star

Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan...”

gempak
12/12/2023
00:55 MYT
Nana mohon maaf kalau ada kekurangan.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Ada Momen Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi…”- Liza Hanim

gempak
11/12/2023
08:55 MYT
Ramai yang sayangkan Liza Hanim.
Gegar Vaganza All Star

"Saya Expect Pilih Lagu Sendiri Akan Perform Bermati-Matian" - Tok Ram

gempak
11/12/2023
07:50 MYT
80% markah pusingan solo.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Jac Tak Try Hard Untuk Overshadow Sesiapa" - Syafinaz Selamat

gempak
11/12/2023
05:47 MYT
Well deserved!
Unitar