,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Dia Tak Rosakkan Lagu Cuma…” - Ramli MS Jawab Sebab Ezad Tersingkir

Mya Amri
06/11/2023
01:55 MYT
Ketua juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menjelaskan punca Ezad Lazim tersingkir di konsert minggu ketujuh yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Ramli, selain sebutan kurang jelas, nyanyian Ezad juga kedengaran tidak stabil dan kehilangan melodi.
“Depan tu dia agak goyang sangat, melodi tu saya tak dengar, tak nampak.
“Tapi saya tak salahkan arrangement, kalau anda menyanyi walaupun tanpa instrument, saya preferred. Sebab bila kami menjuri, muzik tu kami buang,” katanya.
Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas konsert ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Bagaimanapun kata Ramli, Ezad tidak merosakkan lagu tersebut cuma cara penyampaiannya agak kurang.
“Ada muzik tetapi bila menjuri otak kami seratus peratus memberikan fokus terhadap suara sahaja. Dia tidak rosakkan lagu itu cuma dia tidak disampaikan dengan cara sepatutnya,” katanya.
Ketika ditanya mengenai julat perbezaan Ezad sewaktu persembahan sebenar dengan sesi latihan, ini jawapan Ramli.
“Sesi latihan sebab ada panduan, bila dia cuba depan kamera, tiada penonton tak ada masalah. Jadi bila ada penonton, ada tv, ada kamera, berkemungkinan itu memberikan tekanan.
“Boleh jadi itu merupakan antara sebab mengapa persembahannya begitu. Dengan keadaan orang memekik, mungkin secara tidak langsung situasi itu memberikan tekanan padanya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Rumah Banjir, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ezad- “Saya Tumpang Truck Polis Untuk Ke GV”

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza GV10: Ezad Lazim Tersingkir - “Saya Kena Balik Cepat, Rumah Banjir”

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Ezad Lazim Banyak ‘Kemam’, Tok Ram Tanya Mana Hilang Melodi? - “Nada Pun Kucar-Kacir”

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Pikul Tanggungjawab Besar, Anna Jobling Seronok Jadi Juri Sepanjang 9 Minggu - “Mungkin Ramai Pertikaikan…”

gempak
19/11/2024
05:55 MYT
Pertama kali menjadi juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), pelakon Anna Jobling mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah selain perlu memikul tanggungjawab yang besar.
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Suara Berkahak Akibat Masalah Sinus… Ezad Lazim Risau Konsert Dah Nak Dekat – “Doktor Maklum Makin Serius”

gempak
06/11/2024
03:20 MYT
Penyanyi Ezad Lazim memaklumkan masalah sinus yang dialaminya sejak lima tahun lalu semakin teruk dan terdapat kahak dalam rongga hidung sehingga mengakibatkannya sukar bernafas sejak kebelakangan ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Atie Sedih Tersingkir Sebelum Final - "Enam Lain Lagu Hebat, Tapi Lagu Saya Kurang Bertenaga"

gempak
27/10/2024
05:55 MYT
Tersingkir di minggu separuh akhir,  peserta Kilauan Emas 2024, Atie luah rasa sedih kerana ini merupakan impiannya yang sudah lama dia menyimpan.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Lari Tempo Semasa Nyanyian, Budin Terkilan Tak Dapat Penuhi Kehendak Datuk Hattan

gempak
20/10/2024
06:55 MYT
Tersingkir di suku akhir, peserta Kilauan Emas 2024, Budin akui terkilan dengan persembahannya di pentas minggu keenam.
Unitar