,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Enggan Guna Alasan Kesihatan, Aliff Aziz Akhirnya Dedah - “Dah Dua Minggu Bergantung Dengan Antibiotik & Steroid”

Mya Amri
27/11/2023
03:49 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz enggan menjadikan alasan masalah kesihatan sebagai punca penyingkirannya pada minggu suku akhir.
Menurut Aliff, biarpun mempunyai masalah kesihatan iaitu radang pada bahagian tekak namun dia menganggap penyingkirannya adalah disebabkan tidak memberikan persembahan yang baik.
"Sebenarnya sudah dua minggu saya bergantung dengan antibiotik dan steroid untuk kurangkan keradangan pada bahagian tekak.
"Doktor sahkan saya mengalami Rhinosinusitis iaitu lendir yang beri kesan kepada peti suara sehingga cetuskan keradangan.
"Kemudian doktor beri ubat steroid yang kesan sampingannya ialah membuatkan tekak rasa kering, batuk dan sebagainya," jelasnya.
Aliff berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert suku akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Rehearsal Much Better, Kenapa Dengan Awak?” - Datuk Ramli MS Komen Aliff Aziz Banyak Error

Mengulas mengenai kesihatannya, Aliff berkata keadaannya bertambah teruk dalam tempoh dua minggu ini sehingga menjejaskan kualiti vokalnya.
"Saya sudah berjumpa dengan pakar perubatan sejak tiga minggu lalu tetapi kesakitan ini bertambah buruk sejak dua minggu ini namun minggu ini paling teruk.
"Saya jelaskan hal ini sebab tak mahu orang lain cakap saya guna alasan sakit untuk penyingkiran ini," ujarnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Terlalu Banyak Error Antara Punca Aliff Aziz Gagal Mara Ke Separuh Akhir

Ditanya sama ada kecewa dirinya gagal melangkah ke separuh akhir ASGV, Aliff akui reda dengan keputusan tersebut.
"Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan tidak akan sesekali menggunakan alasan isu kesihatan punca persembahan kurang memuaskan.
"Tidak ada peserta yang nak buat silap dalam persembahan mereka pun, setiap orang mempunyai sasaran untuk ke pentas final begitu juga saya.
"Apapun, saya percaya penyingkiran ini mempunyai hikmah dan sentiasa yakin dengan rezeki Allah SWT.
"Selepas ini saya akan habiskan masa bersama keluarga, bertemu dengan ibu bapa yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah.
"Berada sehingga ke suku akhir pun sudah cukup bagus sebab pentas ini adalah pertandingan yang paling besar pernah saya sertai," katanya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Saya Tak Pernah Dengar Aliff Menyanyi Banyak Error Seperti Ini” - Ramli MS

Terdahulu, Ketua Juri ASGV, Datuk Ramli MS memberikan komen dengan mengatakan persembahan Aliff minggu ini kelihatan serba tidak kena dan nyanyiannya pada sesi latihan juga lebih baik.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Unitar