Laman Utama
All Stars Gegar Vaganza RECAP: Juri Particular Bab Tempo & Feeling, Tarian 'Plastik' Naqiu, Nafas 'Angsa' Azharina Antara Fokus Minggu-10!
Konsert minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan nama Aliff Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan medley antara dua lagu iaitu Cindai dan Gambus Jodoh, Aliff nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu separuh akhir.
Sementara itu, Naqiu berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 75.00%.
Bagaimanapun menurut juri, terdapat beberapa bintang yang mengalami masalah dari segi penjiwaan lagu dan tempo.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza:
1. Naqiu - Ala Emak Kahwinkan Aku & Bol Raadha Bol Sangam (75.00%)
Datuk Ramli MS: "Lagu hindustan tu feel cun, tapi menari plastik nak mati. Lepastu sebutan kira ok la, tapi feel tu best. And then lagu Ala Emak Kahwinkan Aku tu kenapa mata sesumpah tu,"
2. Hady Mirza - Mak Siti & Orak Arek (71.50%)
Hetty Koes Endang: "Setiap minggu tidak pernah mengecewakan. Kamu salah satu peserta yang commit. Kamu tahu ini adalah satu kompetisi. Menurut bunda kamu ada X-Factor. Menurut bunda kamu malam ini GEPREK!"
3. Jaclyn Victor - Conga & The Ketchup Song (71.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: "Jac…Minggu ni lagu-lagu yang Jac nyanyikan bukan tentang range tetapi kepantasan mulut Jac menyanyi perkataan-perkataan dengan pantas. Saya suka yang Jac enjoy. Saya nampak effort, Jac cuba merangkumkan macam-macam. Sebutan begitu lancar jadi saya nampak effort di situ,"
4. Siti Nordiana - Ayam Den Lapeh & Mehndi Laga Ke Rakhna (70.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: "Cantiknya Nana malam ni. Nampak dia punya setup macam nak kahwin. Saya rasa ramai orang tak faham betapa sukarnya untuk menyanyi dan buat wardrobe change. Especially kena fokus lagu seterusnya, pitch, koreografi. I think that was a really good effort. Orang expect suara Nana to be loud, to be keras, tapi kelebihan Nana adalah kelembutan suara Nana. Saya rasa kedua-dua lagu sesuai dengan suara Nana,"
5. Tomok - Melodi Hati & Cup of Life (69.50%)
Hetty Koes Endang: "Yang pertama lagunya itu mendukung. Lagu yang dipilih sesuai dengan karakter kamu. Kamu mempunyai kualiti. Buat peserta yang terakhir kamu bagus, tapi banyak juga lagi yang bagus. Menurut bunda GEPREK!"
6. Nikki Palikat - Perhaps & Macarena (68.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: "Satu pembukaan yang sangat baik. You set the mood for tonight. Saya suka lagu pertama Perhaps. Saya rasa transition dari satu lagu ke satu lagu sesuai. Cuma bila masuk Macarena tempo ada sikit lari. Saya suka pertukaran suara, ada yang manis ada yang keras. Pada saya ia pembukaan yang sangat-sangat baik,"
Datuk Ramli MS: It was okay. Tapi untuk lagu Perhaps you need to be more sexy…Dia kena manja.
Hetty Koes Endang: "Bunda pernah bilang ini bukan recording. Dikala kamu menyanyi apa saja lagu. Expresi penting. Jadi jangan terjebak dengan tempo. Macarena nama seorang perempuan. Gaun kamu mainkan. Ok Niki, sukses!"
7. Azharina - Rambu Ramba & La Bamba (65.75%)
Datuk Ramli MS: "Lagu yang pertama saya rasa kamu tak pernah nyanyi. Lagu kedua biasa nyanyi? 2 perbezaan mood yang sama. Yang satu tu kurang. Kamu punya teknikal yang sangat bagus. Stable. Walaupun dalam La Bamba nafas kamu 'ter-angsa' sedikit. Kamu kena ada satu jiwa yang bercampur. Pada saya, jiwa kamu harus belajar lebih. Kamu belajar menjiwai lagu, kamu akan menjadi penyanyi yang bagus,"
8. Liza Hanim - Samudera & Yaladan (63.25%)
Hetty Koes Endang: "Liza Hanim…Bunda selalu melihat setiap minggu Liza Hanim selalu on. Selalu bagus. Tapi di sini ada terganggu sedikit di not-not. Di part saktinya awas. Part 2 kamu harus emosi. Kamu punya jiwa harus lebih naik lagi. Part 2 dengan 3 mulai kabur. Ini menurut bunda. Kamu selalu on, tapi malam ini banyak not-not yang keluar.
9. Aliff Aziz - Gambus Jodoh & Cindai (55.75%)
Datuk Ramli MS: "Kamu menyanyi Melayu yang fast sahaja. Lepastu dekat situ banyak melodi yang tak sampai. Sama juga dengan lagu Cindai, dia melebeh. You kenapa hari ni? Rehearsal much-much better."
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Rehearsal Much Better, Kenapa Dengan Awak?” - Datuk Ramli MS Komen Aliff Aziz Banyak Error
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Must-Watch Video