Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari mengulas mengenai tiadanya pengumuman tempat kedua hingga kelapan pada finale All Stars Gegar Vaganza.

Jelas Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.



“Ini finale kita, nak fokus pada pemenang,” jawabnya ringkas.

Bagaimanapun, markah setiap bintang yang berentap pada pusingan akhir diumumkan pada sidang media yang berlangsung selepas acara.

Berikut merupakan markah penuh semua bintang finale All Stars Gegar Vaganza:



All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.

Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.

Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.

Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.

Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.

Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).