Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: "Liza Hanim Pencabar Terdekat Saya" - Nikki Palikat

Izwan Isa
01/10/2023 09:50 MYT
Peserta Hot Seat All Stars Gegar Vaganza (GV10) Nikki Palikat mendedahkan Liza Hanim sebagai pencabar terdekatnya kali ini.

Nikki menjelaskan, sebagai seorang penyanyi yang lebih junior dan dalam masa sama merupakan peminat kepada Liza, bertanding bersama pelantun lagu Andainya Aku Bersuara itu sebagai satu mimpi.

“Saya rasa pencabar terdekat saya dalam GV10 adalah kak Liza. Dia merupakan salah seorang biduanita negara, vokalis dan juga idola saya. Sebenarnya semua (pesert GV10) adalah idola saya tetapi kak Liza merupakan penyanyi yang saya kagumi sejak dahulu.

“Ketika zaman muda, saya beli kaset dia, cuba ikut cara nyanyian dia. Jadi, bertanding dengan Kak Liza dalam GV10 boleh saya katakan macam mimpi,” katanya kepada Gempak.

Selain Liza Hanim, Nikki turut menamakan Naqiu sebagai bekas juara Gegar Vaganza yang bakal memberi cabaran terbesar kepada dirinya.

“Sebenarnya saya terkejut dengan persembahan Naqiu. Sebab baru sekarang saya dapat tengok dia buat persembahan secara langsung.

“Dia bawa pula lagu Pohon Asmara… dia jadikan lagu itu seperti lagu dia. Sangat unik. Saya dah jadi fan dia sekarang!” tutur Nikki lagi.

All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza​

BACA: GV10 Trending! Rambut Silinder Syafinaz, Cliff Umar Mandi Peluh, Momen Sebak Jihan & Kak Lina​

#Liza Hanim #Nikki Palikat #GV10 #All Stars Gegar Vaganza