Bintang All Stars Gegar Vaganza, Liza Hanim tidak menafikan terdapat sedikit penurunan dari segi prestasinya berbanding minggu-minggu sebelum ini.

Dari segi teknikal, Liza memberitahu yang ada sedikit rasa kurang puas terhadap persembahannya malam semalam, selain mengakui emosi sedikit tenggelam dengan apa yang berlaku di Palestin dan Gaza sejak dua minggu lalu.

“Sebenarnya saya tak sangka dapat tempat pertama. Kalau ikutkan, ada rasa sedikit kurang puas hati… macam saya rasa boleh buat lebih baik, lebih-lebih lagi masa raptai saya rasa persembahan saya lebih baik.

“Tapi saya hormati keputusan. Cuma apa yang boleh saya kata, daripada saya sendiri, sedikit struggle dengan lagu ini. Mungkin sedikit terbawa dengan situasi sekarang (kemelut Palestin dan Gaza) yang sudah dua minggu berlarutan.

“Terkesan sedikit, tambahan pula ketika nak mendalami lagu ini… dia jadi lebih lagi. Saya sangat emosi dan saya lepaskan emosi itu pada lirik yang terakhir,” katanya kepada Gempak.

Menyentuh mengenai kepayahan menyanyikan lagu Kembali Terang, Liza berkata, dia sendiri ragu-ragu menjelang malam konsert.

“Sangat susah… macam mana lah Marsha nyanyi lagu ni? She is amazing. Saya dapat pinjam lagu dia untuk minggu ini dan dapat nyanyi pun rasa susah. Memang betul susah.

“Tambah dengan cabaran Datuk Ramli MS yang beri saya muzik piano untuk persembahan sedangkan range asalnya besar. Memang tambah tekanan. Sampai saya ragu-ragu. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat buat dan selesaikannya,” ujar Liza lagi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama!​