Persembahan peserta terakhir Gegar Vaganza iaitu Azharina menimbulkan perasaan sayu dalam kalangan penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam semalam.

Malah, juri tetap, Hetty Koes Endang dan Nabil Ahmad dilihat menitiskan air mata sewaktu dan selepas Azharina selesai menyampaikan lagu berjudul Ayah.

“Tak ada ke lagu berjudul nenek ke, apa ke, ini (Ayah), dekat sangat,” katanya sambil menyeka air mata.

Azharina, 38, juga menangis kerana menyifatkan lagu Ayah adalah karya yang mempunyai makna mendalam buatnya apabila terkenang sosok bapa dan datuknya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Ayah adalah lagu milik penyanyi Rinto Harahap.

Sementara itu Bunda Hetty berpuas hati dengan persembahan Azharina.

“Memang menyanyi untuk diri sendiri mudah tetapi menyanyi untuk penonton, juri sampai ke lubuk hati tak mudah dan kamu berhasil,” ujarnya.

Menurut Bunda Hetty, beliau menangis kerana mengenangkan ayahnya sewaktu beliau tinggal di Malaysia dan siap melahirkan salah seorang anaknya 30 tahun lalu.

Namun selepas satu peristiwa foto ibu dan bapanya jatuh, beliau menghubungi ayahnya dan diminta pulang ke Jakarta kerana sudah rindu.

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.

All Stars Gegar Vaganza ditayangkan setiap Ahad, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: “Muntah Darah, Segumpal Rambut Keluar Dari Mulut” - Azharina Dedah Berdepan Gangguan Mistik​