Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Hady Mirza mengungkapkan rasa bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan selepas penglibatannya menerusi Gegar Vaganza Musim Ke-6.

Menerusi petikan temu bual yang disiarkan menerusi konsert minggu keempat GV10 minggu lalu, Hady berkata platform hiburan ini banyak mengubah hidupnya sebagai seorang individu.

“Ya saya ada nampak orang Tweet, dia letak gambar saya waktu saya drive Grab di Singapura waktu dulu.

“Dia tulis ‘siapa kata GV tak mengubah hidup seseorang?’. Memang betul, setuju sangat, GV mengubah hidup saya.

“Rezeki Alhamdulillah dan terbuka lagi peluang lain; berlakon dan menyanyi show di Malaysia. Ya, GV memang mengubah hidup saya. Terima kasih GV,” tuturnya.

Minggu lalu, Hady mendendangkan lagu Tentang Rahsia bersama Marsha Milan. Rata-rata ramai dalam kalangan penonton yang memberi respons positif terhadap persembahannya itu.

Selain Hady, bintang All Stars Gegar Vaganza, Liza Hanim turut menyorot perhatian peminat. Liza yang dahulunya bertanding menerusi Gegar Vaganza Musim Ke-4 memukau penonton menerusi lantunan lagu Madah Berhelah bersama penyanyi asal, Ziana Zain.

Juri, Datuk Syafinaz Selamat turut menuai perhatian dengan menunjukkan soladiriti terhadap Palestin menerusi fesyennya.

Secara keseluruhan, ada juga yang menyifatkan konsert minggu lalu sebagai sebuah persembahan yang meriah dan lengkap serba serbi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.