Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Jaclyn Victor The Best, Liza Hanim 'Gebrek', Syafinaz Sayang Naqiu, Semak Markah Penuh Konsert Finale!

Muhammad Firdaus
11/12/2023
02:00 MYT
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara.
Menyampaikan tiga lagu dalam genre berbeza, Jaclyn Victor nampaknya berjaya menambat hati juri dan mendapat tempat pertama serta membawa pulang hadiah berjumlah RM200,000 dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10).

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu akhir All Stars Gegar Vaganza:
1) Jaclyn Victor - When You Believe (80.10%) Datuk Ramli MS: Kenapa tiba-tiba sopan sangat ni? Anyways, two more songs. Jangan bazir.
Datuk Syafinaz Selamat: Jaclyn victor adakah anda takut malam ini? Tapi nyanyian tak goyang, nobody can take away that you are a good singer.
2) Hady Mirza - Making Love Out Of Nothing At All (75.74%) Datuk Ramli MS: Ok saya tak mahu komen banyak-banyak. Nak cakap pasal technical apa semua tu tak perlu. You ada dua lagu lagi, so full throttle.
3) Nikki Palikat - Tragedi Buah Epal (73.18%) Ella: Hai Nikki. Selamat malam. Tahniah kerana sampai ke final. Persembahan kamu buatkan saya tak boleh duduk diam. Satu persembahan yang bertenaga. Ella rasa…satu Axiata ni dapat merasakannya. Apa pun keputusan GV malam ni, kamu tahu kamu juara di hati peminat-peminat.
4) Liza Hanim - My Heart Will Go On (72.34%) Ella: Assalamualaikum Liza. Wow! That was an amazing performance. Ella kagum dengan lontaran suara dan emosi. Ella pun ada emosi. Goodluck Liza…Love you
Datuk Syafinaz Selamat: Liza dalam hati you, dalam otak you, you kena ingat you are one of Malaysia’s best.
Hetty Koes Endang: Persembahan yang cukup bagus. Kamu layak jadi juara, menurut Bunda, GEBREK!!!
5) Naqiu - Nur Nilam Sari (72.18%) Datuk Syafinaz Selamat: I appreciate good voices. saya sayangkan seseorang yang mempunyai suara yang bagus macam Naqiu. Selain daripada Tomok, Naqiu antara peserta yang saya ternanti-nantikan persembahan. Pada saya anda sangat kreatif, dan pandai mengolahkan persembahan di atas pentas.
6) Tomok - Seberapa Pantas (71.46%) Hetty Koes Endang: Selamat malam Tomok! Ini malam adalah malam konsert kamu, lagu yang biasa menjadi luar biasa. Kamu sememangnya ada style kualiti. Tomok SUKSES!
7) Azharina - Halo (69.64%) Datuk Syafinaz Selamat: Malam ni kita dengar Azharina yang selalu kita dengar. Lagu ni menunjukkan range Nina, I enjoyed that performance. Tapi pada saya apa yang Nina tunjuk sepanjang 11 minggu ni, Nina seorang fighter, tak kisah apa yang diberikan kepada awak, awak fight untuk dapat apa awak nak, malam ini saya berpuas hati dengan persembahan Nina.
8) Siti Nordiana - Kisah Hati (61.14%) Hetty Koes Endang: Assalamualaikum Siti Nordiana. Apa khabar? Macam mana perasaan kamu masuk ke grand final? Harus bangga. Siti Nordiana, lagu pertama nilainya agak tinggi, menurut bunda malam ini kamu keren…Mantap… Kemajuan yang luar biasa…Merinding bulu roma Bunda.Persiapan lagu kedua, lagu ketiga sukses.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104)
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Tengok Gegar Vaganza 2023 LIVE di Youtube Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
12/04/2024
07:00 MYT
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.