Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza Recap: Nana 'Almost Perfect', Standing Ovation Hady Mirza, Azharina Kena Relaks Sikit!

gempak
Gempak
06/11/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
All Stars Gegar Vaganza Recap: Nana 'Almost Perfect', Standing Ovation Hady Mirza, Azharina Kena Relaks Sikit!
Konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan nama Ezad Lazim diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan lagu berjudul Seksa, Ezad nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu seterusnya.
Sementara itu, Hady Mirza berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 79.25%.
Bagaimanapun menurut juri, terdapat beberapa bintang yang mengalami masalah dari segi kawalan suara dan tempo nyanyian.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza: 1. Hady Mirza - Roman Cinta (79.25%) Datuk Syafinaz Selamat:Persembahan ni tak payah banyak cakap…BEST! Untuk persembahan penutup ini sangat baik, walaupun awak nyanyi nada tinggi awak nyanyi dengan baik, tak nampak struggle. Dalam banyak-banyak persembahan awak, saya rasa ini yg terbaik,”
Datuk Ramli MS:Satu yang saya sangat bangga, you owned the frequency. Awak yang kawal frekuensi, tak struggle…Ni lah yang kita nak,”
2. Jaclyn Victor - Menghitung Hari (75.75%) Hetty Koes Endang: “Itulah seorang penyanyi tidak perlu tinggi, kemerduannya itu penting. Kalau kita menyanyi itu haruslah seperti berbicara, menurut bunda hari ini kamu sukses. Tembakannya geprek!
3. Liza Hanim - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (70.25%) Datuk Syafinaz Selamat:Saya rasa bila Liza diberi pilihan, Liza pilih lagu yang sesuai dengan suara Liza. Liza buktikan this is your song. Awak buat dengan bagus malam ini. Setakat ini saya rasa awak peserta paling konsisten. Awak kena hati-hati sebab kita di pertengahan. Ada beberapa minggu lalu saya mintak awak tunjuk show berbeza dekat saya contoh lagu-lagu nada rendah. Suara Liza dalam terma muzik ialah soprano. Saya tak expect awak nyanyi rendah selalu,”
4. Naqiu- Idola (70.00%) Hetty Koes Endang:Selamat malam Naqiu. Menyanyikan lagu orang memang tak mudah apalagi bila lagu ini sangat terkenal. Tapi malam ini Bunda salute dengan kamu, sebab kamu nyanyi dalam cara tersendiri. Isi ceritanya kamu faham. Jadi untuk para insan seni berkaryalah supaya kita diingati. Hanya karya yang akan dikenang oleh peminat-peminat,”
Datuk Ramli MS:Versi ni lain saya suka. Cuma ada lari sikit tempo. Markah potong tetap potong,”
5. Siti Nordiana - Tiada Kepastian (67.00%) Hetty Koes Endang:Wah bahaya ini… song 1 ok bagus, song 2 ok bagus, korus itu semua Bunda dengar, saya dengar fast, sharp atau flat tiada masalah. Kamu bertanding dengan juara power kamu kena tambah. Kalau suara lembut kamu memang power malam ni. Sukses!”
6. Tomok - Farhana (66.25%) Hetty Koes Endang: “Lagu pembuka selalu buat peserta nervous, tapi tak apa. Memang satu challenge untuk kamu, song 1, song 2 ok, ini lain daripada lain, Bunda suka lagunya, kalau lagi power lagi bagus. Harus bisa semua. Sukses!”
7. Azharina -Sejati (65.50%) Datuk Ramli MS: “Dulu saya kenal kamu, pada saya kpi kamu dah turun, dulu saya jarang dengar kamu nyanyi sumbang. Harini relax kamu sudah hilang, kamu yang kawal kamu nyanyi, jadi tenang, kpi keep on. Sepatutnya semua benda ni tak ada tapi kamu tak fokus,”
Datuk Syafinaz Selamat:Azharina jangan try too hard. Don’t try to overshadow people. Just enjoy. Don’t try to impress people. Bila awak enjoy awak impress people. Jadi relax, relax, relax,”
8. Noryn Aziz - Gelombang (60.75%) Datuk Syafinaz Selamat:I think you started off macam bercakap dekat diri sendiri which is very nice, tapi awak kena hati-hati sebab kadang-kadang awak terlalu laid back. In term of pitch semua tiada isu, expression pun tiada masalah. Cuma isu saya dengan awak setiap minggu awak terlalu berhati-hati,”
9. Aliff Aziz - Gerhana Cinta Luka (60.00%) Datuk Ramli MS: “Aliff ada guru vokal. Dia suruh buka mulut? Terlebih kuat. Kenapa banyak sharp? Sebab you tekan nada, banyak sharp but oklah. But I’m happy dengan perubahan nyanyian awak,”
Hetty Koes Endang: Banyak perubahan Aliff Aziz tetapi memang menyanyi itu jangan takut buka mulut kerana juri harus mendengar apa yang kamu sampaikan. Bagus ada kemajuan, tetapi terlalu force. Menyanyi boleh, tapi kemerduan harus diambil kira. Emosi kena tahan, emosi kalau tak tahan ada dua, sama ada flat atau sharp,”
10. Nikki Palikat - Selagi Ada Cinta (59.75%) Datuk Syafinaz Selamat: “Selepas 7 minggu harini baru dapat komen Nikki. Apa yang saya lihat sepanjang 7 minggu kalau saya compare, saya rasa sekarang Nikki lebih berani nak explore so it’s more colorful, dari aspek persembahan saya selalu suka dengan persembahan Nikki, walaupun awak berdiri saja, mimik muka sesuai. Saya rasa persembahan malam ini ok!”
11. Ezad Lazim - Seksa (58.00%) Datuk Ramli MS:Ezad, Aduhh…Melodi ni dia sangat merdu but mana merdunya. Kebanyakkan nada awak kucar-kacir. Sebutan agak kurang jelas, banyak kemam. Macam tu jela, tiada apa yg spesial,”

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Dia Tak Rosakkan Lagu Cuma…” - Ramli MS Jawab Sebab Ezad Tersingkir

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live