Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Stars Gegar Vaganza: Semua Juri Komen Nadeera, Bunda Hetty Tanya: “Kamu Makan Apa?”

Maliah Surip
19/11/2023 15:06 MYT
Penampilan penyanyi undangan, Nadira yang berduet dengan Jaclyn Victor dalam All Stars Gegar Vaganza telah menarik perhatian semua barisan juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Nadeera yang merupakan juara Big Stage 5 menjadi pasangan Jac mendendangkan lagu terkenal Adele, All I Ask.

Dia yang mahu meninggalkan pentas bagaimanapun dipanggil semula oleh Ramli atau Tok Ram sebelum memuji bakat yang ada pada Nadeera.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Suara Dia Fuh! Power!” - Azharina Ada Sebab Pilih Duet Dengan Putera Muhammad

“Orang macam ini lah elok untuk industri. Kalau ada 10 macam ini, bagus. Work hard,” kata Tok Ram.

Syafinaz turut memuji Nadira dengan menasihatkan dia agar jangan takut dan terus berani mempersembahkan sesuatu yang berkualiti.

Sementara Bunda Hetty bertanya mengenai ‘rahsia’ vokal miliknya.

“Kamu makan apa? Suaranya enak sekali,” kata Bunda Hetty beberapa kali.

Bunda Hetty kemudian meninggalkan pesanan buat Nadeera.

“Mulai besok cari penerbit dan buat album. Jangan buat single, Bunda akan marah. Buat album sebagai satu pelaburan okay,” pesannya.

Malah kesemua juri berpendapat persembahan Jac dan Nadeera adalah baik.

Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung pada 10 Disember di Axiata Arena Bukit Jalil.

All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
#Gegar Vaganza #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV
;