Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar mempunyai sebab tersendiri memilih Putera Muhammad sebagai pasangan duet untuk konsert minggu kesembilan.

Menurut Azharina, Putera merupakan pilihan tepat kerana memiliki suara yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu berjudul Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank.

“Saya pilih lagu itu sebab itu adalah lagu yang boleh dinyanyikan beramai-ramai. Lagu orang-orang yang seusia dengan kita.

“Saya pilih Putera sebab cikgu saya iaitu cikgu Syafi yang cadangkan, seperti yang kita tahu dia memiliki suara serak serak basah itu,” katanya kepada Gempak.

Malah Azharina sendiri juga mengakui Putera mempunyai suara dan vokal yang sangat hebat.

“Jadi nanti kita tengoklah bagaimana kami akan mewarnai pentas duet dengan lagu tersebut sebab sebelum ini saya belum pernah jumpa Putera.

“Suara dia power! Saya tengok dia semasa Putera sertai program Big Stage 2023, suara dia sangat sangat bagus. Mudah mudahan kami berdua memberi. Insya-Allah,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Jiwa Tebal Leman, Britney Nordiana & Elvis Lima Ringgit Antara Yang Dapat Perhatian Juri

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.