All Stars Gegar Vaganza: “Terpaksalah Dijahit Celah Kangkang I Tu Sambil Berdiri” - Aishah
Asyikin Mayudin
03/10/2023 02:55 MYT
03/10/2023 02:55 MYT
Siapa sangka disebalik persembahan yang bagus minggu kedua, terdapat satu momen yang tak dapat dilupakan oleh peserta All Stars Gegar Vagazan iaitu penyanyi Datuk Aishah.
Aishah menerusi laman Instagram mendedahkan seluarnya koyak di celah kangkang dan terpaksa dijahit dalam keadaan dia sedang berdiri ketika menunggu di belakang pentas.
“Malam tadi (Ahad), krew dah panggil untuk standby, sekali I perasan seluar I koyak, betul-betul di celah kangkang. Material baju I tu lace dia memang halus, haaa hamik ko.
“Terpaksalah dijahit celah kangkang I tu sambil berdiri. Talk about invading ones personal space… tapi you kena terima je benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik.
“Alhamdulillah selesai saja menjahit tu terus ke belakang pentas untuk standby,” kata Aishah.
Pada perkongsian yang sama, Aishah turut memberitahu dia masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam keadaan ramai orang yang menyiapkan dirinya sebelum melakukan persembahan.
“I masih cuba untuk menyesuaikan diri ada ramai-ramai orang menyiapkan I. Mungkin kerana I like my privacy too much. Having your personal space invaded for hours takes getting used to.
“Yang touch up make up, yang tengah pin tudung, yang last minute jahit baju atas badan kita sambil orang ambil gambar lagi hehe. Sambil trying to focus pada persembahan yang kita nak buat.
“Baju show ni bukan semua yang selesa tau, dah pakai cantik-cantik tak boleh nak lesek-lesek bak kato orang Nogori eh,” ujarnya.
BACA SINI: GV10: “Matilah Aku Punya Reputasi…” - Aishah Akui Hadapi ‘Masalah’ Ketika Nyanyi Lagu Jac
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.