Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Stars Gegar Vaganza: Tok Ram Komen Siti Nordiana Terlalu Banyak Unison, Apa Maksudnya?

Maliah Surip
19/11/2023 15:07 MYT
Komen Datuk Ramli MS selaku juri All Stars Gegar Vaganza terhadap persembahan Siti Nordiana bersama Amelina mencuri perhatian apabila beliau menyebut perkataan Unison.

Ramli MS atau Tok Ram menyifatkan persembahan duet dengan lagu Teringin nyanyian asal Shima sebagai terlalu banyak unison.

“Agak tidak sepatutnya dibuat. Terlalu banyak unison,” katanya sambil mengulang beberapa kali mengenai unison.

Tok Ram bagaimanapun berpendapat persembahan Nana dan Amelina semakin baik sewaktu menghampiri akhir lagu.

“Nasib baik banyak save di belakang,” katanya lagi.

Mengikut bidang kesenian, menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, unison membawa maksud senada atau jeda di antara dua not yang menggunakan pic yang sama.

Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung pada 10 Disember di Axiata Arena Bukit Jalil.

All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Suara Dia Fuh! Power!” - Azharina Ada Sebab Pilih Duet Dengan Putera Muhammad

#Gegar Vaganza #Siti Nordiana #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV
;