Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Allah Itu Sebaik-Baik Perancang" - Elisya Sandha, Uzair Haqimy Selamat Bernikah

Amri Hassan
21/08/2021 10:25 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengesahkan telah selamat bergelar isteri kepada anak sulung pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada petang Sabtu.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Elisya, 22, berkongsi foto menyarung persalinan lengkap busana perkahwinan serba putih.

"Allah itu sebaik-baik perancang, syukur Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Elisya berkongsi kapsyen ringkas 'Bismillahirrahmanirrahim' berserta video kad undangan perkahwinannya.

Tulis Elisya; "Usaha. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar."



Manakala, Uzair Haqimy turut berkongsi foto Elisya bersama kapsyen tertulis; "Isteriku".



Selain itu, kakak kepada Elisya, Fasha Sandha turut memuatnaik beberapa visual sepanjang majlis berlangsung hari ini.

"Melepaskan adik bongsuku, dalam norma baharu. Biar dalam sederhana, tetapi bahagia," tulis Fasha.



Untuk majlis tersebut, Elisya mendapat sentuhan tatarias daripada jurusolek hebat Datuk Alha Alfa dan busana dari Teh Firdaus.

Elisya selamat mengikat tali pertunangan dengan Uzair Haqimy dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada Januari lalu.

Gempak masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Elisya.
#pelakon #Kahwin #Viral #Nikah #Elisya Sandha #PKP #SOP #Uzair Haqimy
;