"Allah Knows How Much We Miss You" - Lisa Surihani Imbas Memori Dengan Arwah Bapa

Zulaikha Yusof
Oktober 31, 2018 11:21 MYT
Tanggal 31 Oktober hari ini membawa makna kepada pelakon popular, Lisa Surihani kerana genap 10 tahun pemergian bapanya, Mohamed Mahbob.
Menerusi entri terbarunya, Lisa berkongsi dua keping foto beserta kapsyen mengimbas kembali saat akhir pemergian ayahnya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Lisa, bapanya meninggal dunia selepas berbaring sejurus pulang menemani dirinya di set penggambaran.
Rata-rata pengikut Lisa turut sama mendoakan semoga ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman.
"@tyaariffinnw: Alfatihah."
"@honeybasir: You certainly have his eyes and lips. May Allah swt place his soul amongst the blessed. Al fatihah."
"@eydaadnan: Al fatihah..Bibir arwah macam lisa."
"@effie6: Al fatihah. Love listening to all his stories with you."
"@yati.zaki.39: Al fatihah for your daddy."
#pelakon #Lisa Surihani #Pelakon