Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

Firdaus
03/09/2024 07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi doa berkaitan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kongsi Doa Sentiasa Ingat Allah

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, Aisyah menjelaskan bahawa doa tersebut adalah satu cara memanjatkan kesyukuran selain sentiasa kuat dengan ujian yang diberikan.



"Dan doa inilah yang Nabi sarankan untuk diamalkan selepas solat. Cuma, sesiapa yang amalkan, maka beringatlah selalu ya, akan banyak perkara yang datang dalam hidup kita untuk mengingatkan kita tentang doa tersebut.

"Kita minta nak selalu ingat pada Allah, jadi mungkin Allah beri benda yang dapat mengingatkan.

"Kita minta nak syukur, mungkin Allah uji sedikit supaya kita bersyukur dengan hal yang banyak," katanya.

BERITA TRENDING: Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

​BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

​BERITA TRENDING: Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”

​BERITA TRENDING: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.
#Viral #Rumah tangga #hiburan #Doa #Alif Teega #Aisyah Hijanah