Bekas bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Gmie akui reda dengan pemergian cucu sulungnya pada Isnin.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Gmie menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hastag yang diletakkan pada kapsyen, difahamkan cucu kesayangannya itu dilahirkan tidak cukup bulan.

“Allahu Akbar… Innalillahi wainna ilaihi rojiun… Perginya cucuanda tercinta Siti Adinda Raudhah pada hari Isnin (18/11/2019) jam 8.41mlm... Al-Fatihah, #cucusulung #lahirtakcukupbulan #anaksyurga,” tulisnya.

~Allahu Akbar~ ~Innalillahi wainna ilaihi rojiun~ Perginya cucuanda tercinta Siti Adinda Raudhah pada hari Isnin (18/11/2019) jam 8.41mlm... ~Al-Fatihah~ #cucusulung #lahirtakcukupbulan #anaksyurga

A post shared by @ gmiescreen on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Gmie.

“Salam takziah abang sekeluarga... Al-Fatihah,” tulis @almynadiaofficial

“Al-Fatihah. Salam takziah abang dan sekeluarga,” coret @fauziahlatiff

“Al-Fatihah… Salam takziah buat abang dan keluarga,” komen @myaruslee

Di sini, Gempak juga ingin mengucapkan salam takziah buat Gmie sekeluarga.