Bollywood
Kilafairy Terkejut Dilamar Nyanyi Di Konsert Udit Narayan - "Saya Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi ..."
“Saya mahu arwah ibu, Allahyarham Rohana Jalil jadi saksi pembabitan saya dalam konsert epik dan bersejarah bersama legenda tersohor Bollywood, Udit Narayan. Jika arwah ibu masih hidup pasti beliau bangga,” ujar penyanyi Kilafairy.
BERITA TRENDING: Udit Narayan Terima Bayaran Cecah 7 Angka Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan punya banyak sebab untuk berasa teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu panggung bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan menerusi Konsert Udit Narayan In KL di Mega Star Arena pada 28 Disember ini.BERITA TRENDING: Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini
Nama Kilafairy dipilih oleh pihak penganjur, VVST Digital Creation kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood.Kilafairy, 32, malah menyifatkan peluang emas yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan ada seorang figura yang sangat istimewa. Saya meminati Udit kerana merupakan peminat tegar Shah Rukh Khan dan kebanyakan lagu yang didendangkan SRK dalam filem adalah vokal Udit.
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL, saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan seorang ikon.
“Saya juga bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung saya dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan,” katanya Kilafairy.
BERITA TRENDING: Kilafairy Selesa Dengan Status Single, Hubungan Cinta Terdahulu Tinggal Kesan - “Saya Tak Takut Pun Nak Jumpa Orang Baru Cuma…”
Bercerita lanjut, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel.“Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam 28 Disember 2024 nanti.
“Dan sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” katanya.
BERITA TRENDING: “Mama Pergi Seolah-Olah Sedang Tersenyum” - Kilafairy
Menyanyi Bollywood sejak umur 8 tahun
Ironi dunia Bollywood bukan sesuatu yang asing buat penyanyi dan pelakon ini. Kilafairy mula menyanyi lagu-lagu Bollywood sejak berusia 8 tahun dan menonton karya-karyanya sejak kecil bersama keluarga.Bollywood akuinya lagi selalu membawa dirinya pulang ke masa silam, menikmati momen bersama keluarga terutama arwah ibu yang kembali ke Rahmatullah pada 2023.
“Saya juga belajar ‘permainan’ emosi dalam dunia lakonan menerusi filem Bollywood. Saya suka bagaimana karakter diterjemahkan dan instrumen serta bunyi-bunyian dalam naskhah Bollywood.“Saya mula menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak usia 8 tahun dan menonton karyanya sudah seperti menjadi satu tradisi dalam keluarga sejak saya kecil.
“Maka apabila terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL, saya terasa pulang kembali ke masa silam saat menghabiskan momen menonton filem Bollywood.
“Khabie Khushi Khabie Gham merupakan filem yang saya dan keluarga tonton sebanyak lima kali dan masih menangis.
“Arwah ibu saya juga sangat meminati lagu Khushiyan Aur Gham Movie dari filem Mann.
"Dan saya sendiri meminati terlalu banyak karya Udit Narayan terutama daripada filem Devdas, Mann dan Taal. Semuanya menusuk jiwa,” tambah Kilafairy.
Menaruh harapan agar Konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan pakaian bertemakan Bollywood.
“Saya akan menyarung busana daripada pereka Shanell Harun. Tentu sahaja ia akan punya tema Bollywood namun tidak ada yang berlebihan.
“Saya akan tampil dengan gaya sederhana tapi elegan seperti penampilan selalu,” dedahnya.
Konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun.
Cukup terkenal dengan lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” dan persembahan beliau dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak”, Udit akan membawa para peminat lagu Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-an sehinggalah ke hari ini.
Maka dengan itu jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Udit Narayan In KL yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.
Sebarang pembelian tiket boleh layari https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di [email protected].
Untuk makluman, pembatalan konsert Udit Narayan di Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan penganjur konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur, iaitu VVST Digital Creation.
Pihak penganjur juga memberi jaminan bahawa konsert Udit Narayan di Kuala Lumpur akan berlangsung seperti yang dijanjikan tanpa sebarang masalah.
Must-Watch Video