Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Almy Nadia Dedah Suami Dah 2 Bulan Tak Ada Job!

ZULHILMI JALIL 16/11/2019 | 05:55 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia, mendedahkan suaminya yang juga aktor Datuk Fizz Fairuz sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan sejak dua bulan lalu.
Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 33, berkongsi hal tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
"Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat.. Orang bajet dia sibuk, Fizz sibuk, Fizz sibuk, Fizz sibuk, Fizz mahal, Fizz Sibuk.
"Hahaha..sedangkan dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga, tak ada shooting," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Bahkan, Almy turut mengakui tawaran berlakon akan menjadi semakin sukar diperolehi lebih-lebih lagi apabila sudah memenangi anugerah kerana produksi bimbang mengenai bayaran.
"Semua takut nak ambil dan semua cakap mesti sibuk lepas tu dah menang mesti mahal. Sabar je lah, rezeki ada Insya-Allah," tulisnya.

Bila dah 2 bulan tak ada job,muka ketat.... org bajet dia busy,fizz busy,fizz busy,fizz mahal,fizz sibuk .. hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada ???? ???

A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on

Perkongsian status Almy itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan artis lain.
Rata-rata mereka menyifatkan itulah lumrah sebagai seorang anak seni yang mungkin ramai tidak tahu di luar sana.
"Bertabahlah wahai hati. Inilah nasib anak-anak seni Malaysia. Semuanya indah khabar dari rupa. Bayaran yang paling rendah untuk hasil seni kalau nak dibandingkan dengan negara luar sebab pasaran Malaysia sangat terhad.
"Apapun tetap bersyukur sebab masih ada rezeki di atas meja untuk keluarga," kata aktres Jasmin Hamid di ruangan komen.
Baru-baru ini, Fizz dinonobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi Anugerah Skrin 2019.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurnikan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3 dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 11 bulan.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.
#pelakon #Fizz Fairuz #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia
;