Hiburan

Almy Nadia Masuk Hospital, "Tak Tahu Lagi Sakit Apa ..."

gempak
Zulaikha Yusof
24/08/2020
23:20 MYT
Sponsor Banner
Almy Nadia Masuk Hospital, "Tak Tahu Lagi Sakit Apa ..."
Pelakon Datuk Fizz Fairuz, 41, menyatakan isterinya, Datin Almy Nadia, 34, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut.
Ketika dihubungi Gempak, Fizz berkata jenis penyakit yang dialami Almy masih belum diketahui.
"Almy telah dimasukkan ke hospital semalam. Hari ini baru buat pemeriksaan.
"Buat masa sekarang tak tahu lagi Almy sakit apa dalam perut dia. Harini baru nak buat endoskopi," jawabnya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Sebelum ini, pelakon drama Kamar Kamariah ini berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Fairuz Zainal Abidin turut mendoakan agar urusan Almy dipermudahkan.
"Semoga dipermudahkan. Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita.
"Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan isteri saya.
"Amin. Jaga diri, awak kuat @almynadiaofficial," tulisnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024