Penyanyi Altimet mahu mencari 100 orang yang bertuah untuk memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah sehingga fasih.

Menerusi laman sosial Instagram, Altimet memuat naik berita baik tersebut untuk tatapan umum.

“Kita semua berada di ambang Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, apa salahnya kalau kita gunakan masa ini untuk memperbaiki bacaan Al-Fatihah masing-masing.

Kami nak belanja 100 orang join program #FasihAlFatihah @reciteapp. Siapa repost video ni, tag @reciteapp & guna hashtag #FasihAlFatihah, dpt check bacaan Alfatihah dia tanpa had. Sampai lebam. Jadi sila ambil peluang ini. #tadarruswithrecite

A post shared by Altimet (@altimet) on

“Kami di @reciteapp melancarkan satu program di mana anda boleh memeriksa bacaan Al-Fatihah dengan asatizah kami yang bertauliah, sebanyak mana yang boleh.

“Kos ini biasanya berharga RM29 tapi kali ni kami nak belanja 100 orang secara percuma. Periksalah bacaan anda seberapa banyak mana pun,” ujarnya menerusi video tersebut.

Cara untuk menyertai peluang memperbaiki bacaan Al-Fatihah ini, anda hanya perlu menyiarkan semula video Altimet tersebut di akaun Instagram masing-masing dan sertakan tanda pagar #FasihAlFatihah.

Pastikan akaun Instagram anda publik dan mereka yang terpilih akan dihubungi.

Masa yang terluang sepanjang musim PKP ini, ambil peluang anda untuk menambah amalan serta memperbaiki ibadah.