RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Tema ‘Throwback’ Jadi Cabaran, Bintang Mana Pula Yang Akan Gugur Malam Ini?
Minggu ketiga Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan seramai 16 bintang berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas memberi persembahan yang sangat memukau.
Antara peserta yang berjaya menambat hati juri sekali gus melayakkan diri berada dalam kelompok lima teratas adalah Rayme, Aril Eles, Sharee Lopes, Hariz Fayahet dan Didie Shazry.
Malangnya, perjuangan Faysal Saad dan Khalyn terhenti apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu tersebut.
Bagi minggu keempat, para peserta dicabar dengan tema ‘Throwback’, di mana mereka perlu menyanyikan lagu-lagu popular dari era 80-an, 90-an dan 2000-an.
Berikut merupakan senarai lagu tugasan minggu keempat:

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video