HIBURAN
Alya Iman Sedih Digelar Perempuan Murahan
Pelakon baharu Alya Iman, 19, akui berasa sedih apabila segelintir warganet melabel dirinya sebagai perempuan murahan.
Tegas Alya, demi kelansungan hidup dia bekerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat bukan semata-mata berlakon.
"Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal.
"Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat. Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya.
"Saya perlu minta kebenaran dulu untuk cuti berlakon atau modelling.
"Saya bersyukur ada rakan sekerja yang sentiasa menyokong. Lebih-lebih lagi dengan kontroversi yang melanda," katanya kepada Gempak.
Tambah anak kepada kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha menyatakan dia percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.
"Saya percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma saya khuatir kalau ini boleh jejaskan rezeki saya dalam lakonan dan modelling.
"Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini," katanya lagi.
Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.
BACA: "Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung" - Makin Panas! Ini Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman
Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...
Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
Terbaru, Alya akui dia sudah bertemu pengganti dengan duda anak dua.



Must-Watch Video