Hiburan
Alya Iman Syukur Negatif COVID-19
Pelakon baharu Alya Iman berkongsi keputusan ujian saringan Covid-19 selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Rabu lalu.
Menurut Alya, 19, dia bersyukur kerana disahkan negatif dan bebas daripada jangkitan virus merbahaya itu.
"2 hari yang lalu saya melakukan ujian swab Covid-19 kerana saya terpaksa dimasukkan kerana positif demam denggi.
"Pagi ini jam 5 pagi jururawat di wad pengasingan kejutkan saya untuk kongsi hasil ujian Covid saya.
"Alhamdulilah syukur hasilnya adalah negatif," tulisnya di Instagram (IG).
Walaubagaimanapun, pelakon drama Senafas Rindu itu akan terus mendapatkan rawatan sehingga pulih dari demam denggi.
"Saya masih di katil hospital! Tetapi saya dapat tukar ke wad biasa jadi boleh menerima tetamu!
"Hello @anisnadiahhh @saraadaisy @fanashaharudin datang dan menghiburkan saya selepas bekerja," tulisnya lagi.
Must-Watch Video