"Amalkan Pemakanan & Aktiviti Sihat Bukannya Untuk Dapat Badan Cantik, Tapi..." - Idris Khan

Rozaimi Zubaidi
September 12, 2018 05:53 MYT
Pelakon Idris Khan mengakui mempunyai bentuk badan yang cantik merupakan idaman setiap orang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Idris risau dengan cara pemakanan yang diamalkan oleh rakyat di Malaysia sehingga ramai yang mengalami masalah obesiti.
"Objektif utama mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat ni bukannya untuk dapat badan yang cantik, itu kedua, yang utama adalah untuk kesihatan kita.
"Banyak masalah dan penyakit yang ada pada zaman sekarang ni datangnya daripada pemakanan yang tidak sihat. Lebih2 lagi Malaysia merupakan negara no.1 di Asia yang mempunyai penduduk paling ramai mengalami masalah obesiti.
"Tapi itu belum ambil kira lagi yang nampak kurus, tak pun yang berisi atau buncit dan korang rasa aku okay, tapi sebenarnya macam-macam penyakit yang sedang berkeliaran disebabkan pemakanan yang salah.
"Watch your health guys! Kalau korang tak jaga, siapa yang akan jaga?," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa dikatakan oleh Idris dan mereka berharap agar dia dapat berkongsi tip dalam menjaga kesihatan yang sering diamalkan olehnya.
#pelakon #Pelakon #Idris Khan