Pejam celik pejam celik, filem Fast & Furious sudah memasuki edisi ke sembilan!

Jika tidak kerana permintaan luar biasa, pastinya francais Fast & Furious tidak sehingga ke tahap ini bukan?

Itu tidak termasuk lagi dengan spin off mereka iaitu Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.

Apa yang pasti, peminat sudah tidak senang duduk untuk menantikan sejauh mana kehebatan Fast & Furious 9: The Fast Saga kali ni.

Untuk menambahkan lagi rasa teruja anda, Gempak senaraikan antara fun facts menarik yang anda perlu tahu tentang filem ini! Mind blowing weh!

#1 Pengarah Tak Mahu Guna CGI Kereta!

Menurut laporan Screenrunt, Pengarah Justin Lin yang pernah mengetuai empat filem lain dalam francais Fast & Furious termasuk yang terbaru ini enggan menggunakan kesan khas imej janaan komputer (CGI) kereta.

Beliau berpendapat orang ramai sudah melihat kereta dalam kehidupan seharian mereka sepanjang masa, maka apa-apa yang dihasilkan oleh komputer atau CGI, biarpun sekecil pun akan kelihatan off di mata penonton.

#2 Isteri Sung Kang Pun Watak Han Kembali? Seriouslah?

Menerusi trailer Fast and Furious 9, kita dapat lihat bagaimana watak Han dikembalikan secara mengejut!

Rata-rata peminat memang tidak menyangka Han bakal membuat comeback.

Namun, tahukah anda rupanya isteri kepada pelakon yang membawa watak Han tidak mengetahui yang suaminya bakal kembali dalam Fast and Furious 9.

#3 Helen Mirren Malu Dengan Vin Diesel?

Siapa sangka pelakon veteran dan boleh dianggap ‘legend’ dalam industri Hollywood iaitu Helen Mirren agak malu apabila berlakon bersama Vin Diesel.

Pun begitu, Helen menyatakan dia teruja dan gembira untuk berlakon bersama Vin Diesel kerana meminati suara hero berkenaan. Wow!

#4 Vin Diesel Pun Tak Pasti Fast and Furious 9 Akan Ke Angkasa Lepas!

Apabila diimbas kembali action sequence yang dipaparkan menerusi kesemua francais Fast & Furious, memang semuanya mind blowing!

Namun, paling goosebumps, filem kesembilan ini bakal membawa penonton ke angkasa lepas. Eh betul ke?

Walau bagaimanapun menurut pelakon utamanya, Vin Diesel, dia tidak mengetahui apa pun mengenai desas desus berkenaan.

“"Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak," katanya.

Nak tahu kenalah tonton kan!

#5 Kereta Pun Kena Uji Bakat?


Bukan hanya pelakon yang perlu diuji bakat, malah kereta pun wajib untuk disaring!

Menurut pengarah, tapisan ini penting kerana setiap kereta mewakili setiap pelakon dan karakter dalam F9.

Hebat bukan?

Jadi apa tunggu lagi, saksikan filem terbaru Fast & Furious 9 ini terus dari rumah anda!

Sewa Fast & Furious 9: The Fast Saga bila-bila masa di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store menerusi Astro Ultra Box & aplikasi Astro GO.