VIRAL
“Ambil Barang Hari Isnin, Tapi Bawa Resit!” - Jofliam Balas Balik Tuduhan Cik Epal, Bongkar Kronologi Pecah Masuk Rumah & 'Kisah Spender'
Pertelingkahan terbuka antara pasangan selebriti media sosial, Cik Epal dan Jofliam, kini memasuki babak lebih panas dan penuh sensasi.
BERITA TRENDING: "Kalau Ada Maruah, Tak Hamak Sila Pulangkan" - Cik Epal Minta Balik Perkakas Dapur, Kasut & Pakaian Parents Dari Jofliam
BERITA TRENDING: “Begitu Rendah Ya Martabat Seorang Ibu Di Hati Dia?" - Cik Epal
Selepas Cik Epal secara lantang menuntut pelbagai barangan peribadi dipulangkan termasuk Thermomix, kasut, pinggan mangkuk dan passport anak-anak, kini giliran Jofliam pula membuat pendedahan dengan bukti, gambar dan kronologi.BERITA TRENDING: Jofliam Akui Kesilapan Terhadap Wanita Lepas Isu Epidural Tular - “Saya Ingin Minta Maaf Kerana…”
Dalam beberapa siri Instagram Story, Jofliam menegaskan bahawa dia telah mengemas semua barangan yang dituntut dan meminta Cik Epal datang mengambilnya pada hari Isnin, dengan syarat.
“Jika dia nak barang-barang dia Isnin ni, tolong sediakan lori sendiri dan pack sendiri tapi bawa resit. Bukti pembelian saya halalkan sebab dia tahu, siapa yang bayar sebenarnya," tulis Jofliam.
Tambah Jofliam, isterinya sekarang, Emira Delyati, telah memberikan keizinan kepada Cik Epal untuk masuk ke rumah bagi mengambil barangan tersebut, asalkan ia disertakan dengan bukti pembelian.
"Harap kes selesai dan jangan claim bukan-bukan lagi dah. Saya nak bahagia dengan kehidupan baru saya," tambahnya.
Jofliam turut mendedahkan kediamannya pernah dipecah masuk sekitar November 2024 ketika dia berada di Jakarta.
"Dia pecah rumah saya waktu saya di Jakarta guna lalamove. Baju Han & Yuki dia licinkan sampai sehelai pun dia tak tinggalkan.
"Duit cash saya dibawa lari RM50,000. Saksi abang saya. Handbags yang saya belikan, semua dia bawa lari. Tidak ada point ni pun saya pernah ungkit," katanya lagi.
Jofliam turut menyentuh tentang peti ais ‘ketuk-ketuk Ramadan’ yang turut disebut oleh Cik Epal dalam tuntutan asal.
“Terima kasih yang sempat screenshot sebelum dia delete,” kata Jofliam, merujuk kepada Instastory Cik Epal yang didakwa telah dipadam selepas mengadu tentang peti ais tersebut.
Dalam satu lagi klip video, Jofliam turut mempamerkan sekeping bungkusan ubat dari sebuah klinik pakar kulit.
“Bersepah ubatan operation berbulan tak buang. Tak mengaku dosa masuk api neraka.
"Ubatan surgery yang dibuat pada satu badan. Sendiri pakai, sendiri fitnah orang lain punya. Sampai tahap macam tu ya," tulisnya.
Jofliam juga memuat naik beberapa visual barangan yang telah dikemas termasuk pakaian dalam, pinggan mangkuk dan peralatan dapur.
"Pengotor gila ni kalau satu Malaysia tahu perangai pengotor ni, hilang terus imej konon 'isteri paling suci' paling sempurna. Dah bercerai ni, ada pasangan baru nanti ubahlah perangai jadi lebih baik. Kesian kat suami..." tuliskan pada kapsyen video dalam satu hantaran mesej WhatsApp.