HIBURAN
“Begitu Rendah Ya Martabat Seorang Ibu Di Hati Dia?" - Cik Epal
Susulan isu tular berkaitan bekas suaminya, Jofliam yang didakwa memperlekehkan suntikan epidural semasa bersalin, usahawan dan pempengaruh, Cik Epal tampil memberikan respon.
Rendahnya martabat seorang ibu
Cik Epal menerusi beberapa hantaran di akaun media sosial miliknya berkata betapa rendahnya martabat seorang isteri yang dipandang oleh bekas suaminya itu.
“Tak tahu pula bila ambil epidural dikira ‘cheat code’ ek, senang hidup jadi jantan tak guna kan.
"Begitu rendah ya martabat seorang ibu di hati dia?," tulisnya di Insta Stories dan aplikasi Threads.
Han & Yuki

Tidak cepat melatah, Cik Epal bagaimanapun berkata kedua anaknya iaitu Han dan Yuki yang dilahirkan dengan menggunakan suntikan epidural itulah yang sibuk ‘direbut’ oleh bekas suaminya.
“Han dan Yuki hasil epidural ini lah jugak yang dia beriya nak 'fight custody' kan.
“Tolong lah buat anak baru korang dua (Jofliam & Dewi). Buang je lah kondom Shopee tu. Come on,” tulisnya.
Terdahulu, tular beberapa screenshot perbualan antara Jofliam dan seorang individu yang tidak dikenali mengenai bagaimana bekas isterinya, Cik Epal melahirkan anaknya, Han dan Yuki menggunakan kaedah Epidural.
Katanya, bekas isterinya itu tidak melahirkan anak-anaknya dalam keadaan yang menyakitkan seperti orang biasa melahirkan anak.
BERITA TRENDING:Jofliam Akui Kesilapan Terhadap Wanita Lepas Isu Epidural Tular - “Saya Ingin Minta Maaf Kerana…”
BERITA TRENDING:Cik Epal Bikin Panas! Bawa Anak Gunting Rambut Dekat Kedai Bekas Suami Dewi - “Ada Yang Melompat Tapi Bukan…”
BERITA TRENDING:Hubungan Cik Epal Dengan Dewi Takkan Macam Abby Abadi & Memey Suhaiza - “Dengan Bapa Budak-Budak Ini Pun Aku Dah Menyampah”
BERITA TRENDING:Sasha Abdul Aziz Pertahankan Cik Epal, Geram Sikap Jofliam - “Ibu & Anak Paling Susah Untuk Dipisahkan, Sakit Beranak Sampai Bila-Bila Tak Hilang”
BERITA TRENDING:“Kalau Kau Tak Pernah Mengandung & Melahirkan, Diam Jelah” - Cik Epal
Kenyataan itu secara tidak langsung telah menyentuh emosi para ibu yang rata-ratanya berang dengan sikap Jofliam.
Malah mereka juga berharap agar lelaki itu menerima kifarah atas apa yang diperkatakan kerana memperlekehkan perjuangan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak.
Jofliam bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum ibu selepas menyedari kenyataannya itu tular.
Sekadar info, Epidural adalah prosedur apabila ubat disuntik ke belakang untuk menghalang kesakitan di kawasan tertentu badan. Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.
Must-Watch Video