Laman Utama

"Ambil Influencer Berlakon Tanpa Ujibakat Itu Salah, Tak Adil Bagi Pihak Lain" - Osman Ali

gempak
Amri Hassan
03/06/2021
04:25 MYT
Sponsor Banner
"Ambil Influencer Berlakon Tanpa Ujibakat Itu Salah, Tak Adil Bagi Pihak Lain" - Osman Ali
Pengarah popular Osman Ali berpendapat tidak salah untuk mengambil personaliti media sosial untuk membintangi drama atau filem.
Kata Osman, dia sendiri pernah mencungkil bakat pelakon pujaan Malaya seperti Remy Ishak yang bukan berlatarbelakangkan bidang seni lakon.
"Bagi saya setiap orang ada platform sendiri untuk memulakan langkah dalam industri, ada yang tak pernah berlakon pun tapi sekarang menjadi pelakon hebat.
"Contohnya Remy Ishak, dia langsung tiada pengalaman berlakon sebelum ini. Dia bekerja dari sektor biasa dan saya masukkan dia dalam bidang seni.
"Platform awal itu penting, ada yang berpengalaman dan terus menjadi pelakon terkenal, ada yang bermula sebagai pelakon tambahan, ada yang perlu tunggu bertahun-tahun dan ada terus jadi hero walau tiada pengalaman berlakon," katanya kepada Gempak.
Tambah Osman lagi, penting untuk sesebuah produksi melakukan casting (ujibakat) untuk setiap pelakon yang bakal membintangi sesebuah naskhah.
"Bagi saya penting utuk kita melihat bakat seseorang individu itu. Proses ujibakat itu penting, kita takkan ambil kalau tiada watak besar untuk seseorang pelakon itu.
"Ambil pelakon dari ujibakat, mulakan dengan watak yang bersesuai dengan kebolehan dan bakat yang dia ada.
"Apabila mengambil influencer tanpa melalui ujibakat, itu salah! Tidak adil bagi pihak lain yang sebenarnya lagi layak.
"Kita akan bagi watak pembantu dahulu, tapi kalau ada bakat dan potensi dan ramai followers nak tengok influencer pujaan mereka berlakon, barulah dipertimbangkan sekiranya bersesuaian," tegasnya.
Mengulas mengenai pengalamannya mengambil influencer berlakon, kata Osman, dia akui ada antara personaliti media sosial yang punyai kehebatan dan bakat untuk berlakon secara semula jadi.
"Saya pun pernah ambil influencer untuk berlakon telefilem saya dan dia berjaya melakonkan watak itu dengan baik. Saya sangat berpuas hati.
"Jadi, tak salah memberikan mereka peluang kalau betul-betul berbakat," tambahnya.
Sebelum ini kecoh apabila ada segelintir artis dan pemain seni yang kurang bersetuju dengan kebanjiran personaliti media sosial yang bergelar pelakon segera demi memenuhi tuntutan produksi dan stesen televisyen.
Lebih mengusutkan apabila ada antara personaliti media sosial yang tidak berbakat dan menyusahkan produksi serta rakan artis lain.
Osman tampil mengarahkan drama rantaian adaptasi novel Masih Ada Cinta lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana yang mula ditayangkan sejak semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live