,
Hiburan

“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

Umirah Halim
22/10/2024
07:36 MYT

Tidak berdiam diri, pempengaruh Cik Epal tampil memberi respons terhadap kenyataan wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam iaitu Dewi.

Ini respons Cik Epal

Menerusi hantaran di platform Threads, Cik Epal atau sebenarnya Murni Mahmud membidas kenyataan Dewi daripada temu bual eksklusif bersama Motif Trending.

Menurut wanita dua anak itu, dia sedia menawarkan bekas suaminya secara terbuka kepada mana-mana wanita yang menginginkannya.

“I didn’t say yes, I didn’t say no.

“Ambil je la duda aku tu, aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong Cik Epal dan menasihatinya agar tidak mengambil pusing dengan kontroversi yang sedang berlaku.

“Mendunia Cik Epal abaikan je.

BERITA TRENDING: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

​BERITA TRENDING: Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

“Sebenarnya D & J yang termakan umpan CE. Kalau korang berdua tak berniat, korang berdua tak kan go on dengan request CE dan masing-masing reti malu nak ke milan berdua dan terima hadiah beg bagai hehehe oops!

“Go Cik Epal!,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, selepas lama berdiam diri, Dewi tampil memberi kenyataan mengenai isu rumah tangga Jofliam dan Cik Epal yang berkait dengannya.

Menerusi temubual itu, Dewi mendedahkan bahawa Cik Epal memberi tawaran kepadanya untuk menjadi isteri kedua Jofliam.

Sekadar info, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: Threads
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

gempak
18/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.
Unitar