Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Ambil Ruang Puasa Ganti,Mengaji..." - Fasha Sandha Kongsi Rutin Berada Di Rumah

Asraf Aided 05/04/2020 | 04:05 MYT
Aktres Fasha Sandha kekal bersikap positif berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.
Menurut Fasha, dia banyak meluangkan masa untuk beribadah bersama keluarga.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ini, ayuh kita ambil positif dengan ujian Allah bagi ini.
"Untuk kami sekeluarga, kami tenang-tenang saja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak-anak membaca,
mengaji, dan buat homework.
"Gunakanlah masa ini dengan perkara berfaedah kesayanganku," tulis Fasha sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fasha turut menasihati orang ramai agar tidak berasa tertekan walaupun duduk di rumah dalam satu tempoh masa yang lama.
"Jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut, jaga jari jemari tau..Faham, ada juga yang stress sebab lama sangat dalam rumah.
"Kalau takda idea nak buat apa, cuba resipi baru atau main TikTok okay. Ya Allah semoga COVID-19 cepat berlalu pergi dari kita semua," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Fasha di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mendoakan kebaikan untuk Fasha sekeluarga.

Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ni. Ayuh kita ambil positif dengan ujian yang Allah bagi ni. Untuk kami sekeluarga, kami tenang2 aja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak2 membaca, mengaji ,buat homework. Gunakanlah masa ni dengan perkara berfaedah Kesayanganku. Jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut ,jaga jari jemari tau ... Faham , ada juga yang stress sbb lama sangat dalam rumah ? Kalau takde idea nak buat apa, cuba resepi2 baru atau main tiktok k ? . Ya Allah, semoga #covid19 cepat pergi dari kita semua. Love you kesayanganku.... ? @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Terdahulu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Ia merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemaima, 5.
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon #PKP
;