Idea kreatif wargamaya kadang kala memang tidak tercapai dek akal! Gara-gara pengumuman i-Citra, nama selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) pula jadi sebutan.

Di media sosial nama BCL mula menjadi tular selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semalam.

Sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu i-Lestari dan i-Sinar selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PNN) untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

Nama Bunga Citra Lestari mula dikaitkan dengan pakej-pakej tersebut kerana secara kebetulan mempunyai persamaan dengan nama pelakon dan penyanyi popular itu.

“i-Lestari done, i-Citra done, i-Bunga on the way,” antara grafik yang tular dan dimuat naik ramai pengguna laman sosial.

“Hummm…tua-tua esok i-finish,” antara komen lucu yang ditulis netizen.

“Obviously KWSP CEO is a big fan of BCL,” tulis yang lain.

Ada juga yang ingin memberikan nama Citra kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Bagaimanapun, ramai yang memanjatkan rasa syukur selepas kerajaan mengumumkan pakej i-Citra bagi meringankan beban rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

[[BACA: PEMULIH: Raykat Tarik Nafas Lega, Boleh Top-Up Komitmen Bulanan...]]