Pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto wajahnya yang disolek cantik.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, memuat naik foto dengan solekan itu untuk tatapan umum.

“Cantik itu subjektif kan gais, jangan pandang luarannya percayalah dengan inner beauty inilah dia,” tulis Shuk di ruangan kapsyen.

Cantik tu subjektif kan gaiss...jangan pandang luarannya percayalah dengan inner beauty gaiss inilah dia...

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

Wajah-wajah cantik selebriti lelaki semakin tular apabila mereka menukar wajah maskulin kepada wajah wanita jelita menggunakan aplikasi FaceApp.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya mengakui Shuk tidak memerlukan aplikasi berkenaan untuk bertukar menjadi cantik kerana wajahnya sememangnya semulajadi jelita.

“Kalah kak Lina Pom Pom ni,” usik seorang wargamaya.

“Syukriah ke ni?” tanya seorang wargamaya.

“Amboi lawa macam Ziana Zain,” kata seorang wargamaya.

“Nak tanya mana satu dagu mana satu leher?,” komen seorang wargamaya.

“Kecantikan tiada bandingan. Awak memang nombor satu!” usik seorang wargamaya.

“Nampak ciri seorang wanita tegas namun ada pendirian juga optimistik,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Shuk berkahwin dengan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.