Pelakon Datin Diana Danielle mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto wajahnya menjadi tua.

Menerusi laman sosial Instagram, Diana memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

“Morning! Jangan marah-marah nanti cepat tua”, tulis Diana menerusi ruangan kapsyen.

Menggunakan aplikasi FaceApp, wajah Diana bertukar tua dengan garisan kedut namun masih kekal jelita.

Morning! ? Jangan marah marah nanti cepat tua!!

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Meninjau ke ruangan Gempak, ramai rakan selebriti dan pengikut yang memuji wajah tua Diana.

“Cantiknya D!” komen pelakon Sanggeta Krishasamy.

“Cantiknya nenek,” puji pelakon Fouziah Gous.

“Ni mau 100 tahun baru dapat macam ni, kalau 60 tak kan macam ni lagi,” kata pelakon Yana Samsudin.

“Nenek pun gojesnya,” ujar seorang wargamaya.

“Macam Puan Sri Tiara Jacquelina,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 10,000 tanda suka daripada warga Instagram.