Berita
"Amboi Siap Nama Bapak Aku Sekali Kau B*bi Kan..." - Netizen Makin Meluat Dengan Fizo Omar Gara-Gara..
Pelakon Fizo Omar mendedahkan terdapat penonton yang gagal mengawal emosinya dengan melontarkan kata-kata kesat terhadapnya gara-gara membenci wataknya dalam drama Adellea Sofea.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 25, individu yang tersebut turut mengaitkan nama bapanya sekali dek tidak suka dengan wataknya sebagai Ikram dalam naskhah tersebut.
"Amboi siap nama bapa aku sekali ko b*bi kan yea..relaks lah bro. Tak cool lah kau ni!
"Dahsyat betul emosi penonton zaman sekarang ni kan? Hmmm... tak sangka pula jadi sampai macam ni," tulis Fizo.
Fizo berkongsi hal tersebut menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Terdahulu, seorang pengguna meluahkan rasa geram terhadap lelaki yang bernama Fizo.
"Buat semua lelaki bernama Ikram atau Fizo mahupun Omar sekali pun di luar sana, korang b*bi," tulis pemilik akaun @zapurrr.
Bagaimanapun, individu berkenaan kemudian memohon maaf atas keterlanjuran katanya.
"Maaf bang pijo, kamu tahulah macam mana karakter Ikram tu, saya tweet ni masa tengok Adellea Sofea tau geram sangat-sangat. Sampai bang pijo kena tempias. Maaf. Saya tak maksudkan (apa yang ditulis sebelum ini)," balas individu tersebut.
Sebelum ini, Fizo turut mendedahkan dirinya kehilangan lebih 5,000 pengikut di Instagram gara-gara wataknya dalam naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Selain Fizo drama tersebut turut dibintangi pelakon Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud dan Roy Azman.
Must-Watch Video