Ambulans Ini Disita Kerana Tak Renew Road Tax Selama 13 Tahun!
Izwan Isa
01/12/2023 03:55 MYT
01/12/2023 03:55 MYT
Berdasarkan undang-undang Malaysia, setiap kenderaan yang bergerak di atas jalan raya perlu memiliki cukai jalan raya yang sah.
Namun, lain pula ceritanya dengan sebuah ambulans yang didapati tidak memperbaharui cukai jalan raya selama lebih sedekad.
Sebuah ambulans dirampas oleh pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Perak selepas kenderaan itu memiliki cukai jalan yang tampat tempoh 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran Facebook JPJ Perak, difahamkan ambulans tersebut ditarik oleh pegawai dari Unit Penguatkuasaan Motosikal (UPB) ketika mereka membuat rondaan di sepanjang Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.
Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan menggunakan Peranti Penguatkuasaan Pengurusan Pintar (SMED), mereka mendapati lesen dan cukai jalannya telah tamat tempoh pada 5 Mac 2010.
Mereka juga menulis bahawa seorang pesakit sedang dibawa ke Hospital Sultanah Bayrun (HRPB) sebelum ambulans dihentikan.
Pemandu itu juga diarah menghantar pesakit ke hospital terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan ke ibu pejabat JPJ Perak untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Harian Metro, ambulans itu adalah di bawah hak milik agensi perkhidmatan penyelamat kecemasan.

BERITA TRENDING: Zahiril Adzim Jadi Pemandu Ambulans - "Tujuan Kita Satu Je, Nak Bawa Pesakit Ke ..."
Kenderaan itu turut disita dan dikenakan dua kompaun - pertama kerana memandu tanpa cukai jalan yang sah dan satu lagi kerana tidak memiliki perlindungan insurans.