Aktor terkenal Zahiril Adzim berkongsi pengalaman mereka mejadi sebahagian dari barisan hadapan ketika menjalankan pengambaran drama ‘Lockdown 2’.

Menurut Zahiril Adzim atau nama sebenarnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 38, memberitahu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila Zahiril merasai sendiri pengalaman membawakan van ambulan.

“Dalam cerita ni saya membawakan watak Ramadhan, Ramadhan ni pula ialah seorang pemandu van ambulan.

“Mula-mula pemilik ambulan ajar saya dulu, mereka bagi saya kenal dulu bahagian didalam ambulan, macam siren.

“Bila saya memandu tu, saya dapat tahu inilah perasaan sebenar jika membawa orang sakit bersama.

“Bila jadi pemandu ambulan ni, satu je tujuan kita, nak bawa pesakit tu secepat mungkin dengan selamat terus ke Hospital” katanya.

Selain Zahiril Adzim, antara barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Rozita Che Wan, Janna Nick dan ramai lagi yang turut membintangi drama ‘Lockdown 2’.

‘Lockdown 2’ mengisahkan tentang kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik Covid-19 dan impak yang dihadapi oleh mereka selama di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga ada yang sengsara kehilangan pekerjaan, punca mata pencarian, tekanan perasaan, hilang ahli keluarga dan sebagainya.

Drama ‘Lockdown 2’ kini sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 6 Jun hingga 30 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.