Hiburan
AME2020: Khai Bahar Tak Letak Harapan Untuk Menang
Penyanyi Khai Bahar tidak meletakkan harapan untuk memenangi kategori utama Top Top MeleTOP Lelaki buat kali ketiga dalam Anugerah MeleTOP Era 2020.
Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 26, menyatakan dia menyerahkan kepada rezeki pada malam itu.
"Tahun ini saya tak berharap pun akan menang lagi. Dah dua tahun berturut-turut pun saya dah syukur.
"Saya rasa bukan saya dan peminat saja ternanti-nanti tetapi semua yang tercalon tak sabar nak tau siapa yang akan dinobatkan nanti.
"Insya-Allah jika ada rezeki nanti," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelantun lagu Bayang ini, dia tahu peminat sudah bertungkus-lumus mengundi sepanjang tempoh undian dibuka.
"Peminat semestinya mereka dah all out. Mereka pernah tak tidur malam. Apapun, itu semua berbalik kepada rezeki," katanya lagi.
Khai tercalon untuk dua kategori iaitu Penyanyi MeleTOP dan Group/Duo MeleTOP.
AME 2020 bakal berlangsung pada 20 Disember ini dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Bagi rakaman acara Karpet Merah AME2020 yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.
Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, AME 2020 turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, AME 2020 turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
Must-Watch Video