Ibu kepada personaliti media sosial, Ameera Khan, Datin Noor Kartini tampil memberikan komen mengenai isu berhijab anaknya.

Menurut Kartini, Ameera masih belum berhijab sepenuhnya dan dalam proses memperbaiki diri.

“Kalau tengok Ameera, dia bukan bertudung secara penuh. Dia masih pakai topi, masih pakai headband. Maksudnya dia masih lagi dalam fasa untuk melatih diri dia.

“Jadi bagi mama, mama rasa sesiapa sahaja baik lagi kita doakan yang baik-baik. Sebab yang baik tu nanti dapat dekat kita juga. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah Kartini lagi, sebagai seorang ibu dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

“Saya begini, boleh dikatakan bersyukur kerana tiada satu pun anak saya, selama tinggal di ibu kota Kuala Lumpur ini, orang nampak mereka di pusat hiburan, minum (minuman keras), mabuk, hisap rokok apa semua tak ada.

“Sebab kalau nak diikutkan dengan keadaan serta kehidupan gaya hidup kita, orang kata banyak lagi benda-benda lain yang lebih teruk kan.

“Tapi alhamdulillah, kita bersama-sama dalam circle keluarga. Malah Ameera pun selalu bersama-sama adik beradik yang lain kecuali jika ada jemputan di majlis jenama tertentu. Macam itu sahaja.

“Cuma mungkin sebab kita dikenali, jadi apa sahaja benda kecil pun orang akan nampak besar. Sedangkan orang lain mungkin ada hal yang lebih besar lagi, tapi tertutup.

“Kita kena terima benda itu. Kalau kita bukan siapa-siapa, tak ada orang nak ambil tahu. Jadi kena kuatlah,” jelasnya lagi.

Kartini juga mengharapkan doa yang baik-baik terhadap anaknya.

“Mama tak stress, tak baca pun (komen negatif). Kita satu keluarga tak pernah ambil tahu, kalau orang cakap kita gelak sahaja. Tak ambil tahu pun.

“Mama pun banyak dapat DM yang orang minta maaf. Alhamdulillah, saya cakap terima kasih banyak-banyak. Kita manusia tidak sempurna.

“Kita doakan yang baik-baik… Insya-Allah yang baik kita dapat. Semoga Allah rahmati kita semua,” katanya.

Ameera menjadi perhatian netizen selepas mengenakan bandana sebagai pengganti hijab bagi menutup bahagian atas rambutnya April lalu.

Dalam pada itu, Kartini ditemui di majlis Gold Rally Winner Celebration yang bertempat di Colony@Mutiara Damansara pada petang Rabu juga berkongsi tentang perniagaannya.

Kartini akui dia turut berbangga dengan pencapaian Business Partner Kucate yang menyahut cabaran Rally for Gold sepanjang Mei lalu.

"Majlis yang istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga untuk menyemarakkan semangat serta memberi inspirasi kepada Business Partner Kucate yang lain untuk turut berjaya," katanya.

Kucate merupakan platform perniagaan yang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan mahupun secara tetap.