Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ini Respons Ibunya…
Asyikin Mayudin
12/09/2023 07:55 MYT
12/09/2023 07:55 MYT
Susulan Ameera Khan atau Little MIss Khan (LMK) dituduh berjudi lumba kuda di luar negara, ibu kepada pempengaruh itu iaitu Datin Noor Kartini tampil mempertahankan anaknya.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Kartini meluahkan rasa kesal dan menyelar tindakan biadab pihak yang membuat tuduhan terhadap anaknya itu.
“Ini sangat BIADAB…nak meniaga biarlah rezeki yang HALAL…bukan sanggup FITNAH sampai macam ni,” tulis Kartini yang turut sertakan paparan skrin artikel memfitnah Ameera Khan.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut menyebelahi ibu kepada selebriti terkenal Neelofa itu dan menganggap tuduhan tersebut melampau.
Ada juga segelintir netizen yang memohon agar Kartini menegur Ameera Khan agar tidak memuat naik perkongsian yang boleh mengundang fitnah di media sosial.
Bagaimanapun hantaran yang dimuat naik pada Isnin itu sudah dipadamkan.
BACA SINI: Bukan Harta & Paras Rupa Menjadi Ukuran Kebahagiaan Ameera Khan - “Seandainya Saya Kaya, Mampu Beli Satu Lagi Bumi Sekali Pun…”