Tahun 2023 muncul bersama pelbagai resolusi. Tidak kira siapa sahaja, baik selebriti atau tidak, ramai yang mula memasang impian atau keinginan untuk diraih tahun ini.
Sama seperti adik kepada Neelofa, pempengaruh dan model Ameera Khan yang memasang beberapa impian untuk dicapai tahun ini.
Lucunya kata Ameera atau lebih popular disapa LMK, kebanyakan resolusi tahun baharu yang pernah diimpikan saban tahun biasanya tidak menjadi kenyataan.
"Ini sebenarnya lucu, ia (resolusi) takkan pernah tercapai. Tapi saya akan kongsikan juga.
"Resolusi saya untuk terus konsisten bersenam, minum lebih banyak air, menjadi lebih privasi daripada sebelum ini tapi pada masa sama stay public, saya akan berkongsi apa yang saya nak kongsikan tapi bukanlah hal peribadi.
"Selain itu, Saya akan mencuba hobi baharu, lebih kerap melancong," katanya dalam sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.
Menariknya juga, Ameera menyimpan hasrat untuk menunaikan rukun Islam kelima, iaitu mengerjakan haji bersama ibunya, Datin Noor Kartini.
"Insya-Allah saya mahu menunaikan haji bersama ibu saya. Saya tak mahu ada terlalu banyak matlamat kerana takut tak mampu menunaikannya," tambahnya.
Terdahulu, Ameera mencuri tumpuan apabila tiba-tiba kembali aktif di media sosial terutamanya Instagram selepas hampir enam bulan mendiamkan diri.
Tindakan Ameera itu lebih mengejutkan selepas pulang daripada mengejakan ibadah umrah di Makkah dan Madinah beberapa minggu sebelum muncul semula, serentak dengan bulan kelahirannya ke-22 pada Disember.
Amri Hassan
Sat Dec 31 2022


Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan