Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Ameera Khan & FD Idzham Kembali Bercinta

Zulaikha Yusof 07/07/2020 | 02:11 MYT
Selebriti media sosial, Ameera Khan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama kekasihnya, FD Idzham baru-baru ini.
Sebelum ini, Idzham mendedahkan percintaan mereka terputus di tengah jalan pada Jun lalu disebabkan orang ketiga.
BACA: "Dia Mempunyai Teman Lelaki Baru..." - Ameera Khan & FD Idzham Putus Cinta?
Menerusi Instagram (IG) Ameera, dia memuat naik sekeping foto bersama disertakan dengan kapsyen 'berbunga'.
"Inilah lelaki yang bertahan dengan semua gila saya. Saya sayang awak selamanya," tulisnya.

here’s to the man who puts up with all my crazy ♥️ i love you forever

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Selain itu, Ameera dan Idzham sudah saling mengikuti (following) di IG dan sering berkongsi momen manis di Instagram Stories.
Terdahulu, nama Ameera menjadi bualan ramai selepas tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan kini sudah tinggal bersama.
BACA: Sambut Hari Jadi Tanpa Penjarakan Sosial, Adik Neelofa Kantoi Cakap Tinggal Sebumbung Dengan Pasangan?
Pada bulan Mei lalu, Ameera dan Idzham baru sahaja menyambut ulang tahun hubungan mereka.
Walaubagaimanapun, Ameera meluahkan rasa tidak puas hati dengan servis sebuah kedai bunga selepas pesanan yang dibuatnya gagal ditunaikan.
BACA: "Saya Minta Sejambak Bunga Berbentuk Hati" - Ameera Khan
#Bercinta #Ameera Khan #FD Idzham
;