Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
Asyikin Mayudin
21/10/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.

Buat pilihan

Menerusi perkongsian ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok, Ameera berkata dia berkawan dengan ramai lelaki sebelum membuat pilihan untuk menjadi pasangannya.

“Sudah tentu, saya masih muda. saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’. Tidak, anda kena jumpa beberapa lelaki dan okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.

“Yang seorang itu mungkin tak boleh pakai langsung. Ada ya, ramai dari jantan (lelaki) yang ada potensi. Dia tak buat apa, zero effort. Itu yang tak boleh pakai,” katanya.

Lelaki Indonesia

Pada perkongsian yang sama, Ameera turut mendedahkan dia lebih tertarik dengan lelaki berasal dari Indonesia kerana personaliti mereka yang lembut apabila berbicara.

“Mungkin jodoh kami orang Indonesia atau pun egypt, atau pun Malaysia. Orang Indonesia baik-baik, orang Malaysia baik-baik juga, kenal ramai dah orang dari Malaysia.

“Tapi orang Indonesia, mereka ini sangat lembut bila bercakap, sangat penyayang, memahami dan ambil berat. Bukan macam toksik.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Single, Ibu Dedah Ameera Khan Ramai Kenalan Lelaki - “Semua Orang Dia Panggil Sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

“Kalau Malaysia, dari pengalaman saya, saya tak bercakap secara umum, dari pengalaman saya. Bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, jadi toksik. Tapi Indonesia best,” kongsinya.

Panggilan Cinta

Dalam pada itu, adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa ini berkata hatinya mudah terpikat apabila lelaki Indonesia memanggilnya dengan panggilan ‘cinta’.

“Saya tak tahu, mereka sangat menghormati, sangat penyayang… sebagai contoh, bercinta dengan Malaysia sweet juga ‘my love, baby, sayang’. Tapi kalau Indonesia, mereka macam ‘hi cinta, buat apa cinta hatiku’.

“Oh my god, saya sangat menyukainya. Saya suka macam itu,” katanya yang turut mengakui terlebih berkongsi perkara tersebut.
@affendyjailani #ameerakhan suka lelaki dari #indonesia ? #Neelofa #fyp #fypシ゚viral #bukakmulut #artismalaysia #malaysiatiktok #foryou #foryoupage ♬ original sound - Affendy Jailani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024