Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Babak Panas Lakonan Jefri Nichol - “Saya Okay Sahaja”
Personaliti media sosial, Ameera Khan mengakui bahawa dia sudah menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan adegan eksplisit teman lelakinya, pelakon Indonesia Jefri Nichol.
Tiada masalah
Menerusi siaran langsung di Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menonton filem tersebut.
undefined
“Pernah, banyak. Saya menonton (filem) Jakarta vs Everybody dengan dia (Jefri) tetapi apabila saya melihat adegan tertentu, Jefri tidak bagi saya untuk teruskan menonton.
“Tetapi saya sudah tengok pun filem tersebut sebab filem itu ada di mana-mana.
“Tapi tidak mengapa, saya okay sahaja,” katanya.
Adik kepada selebriti Neelofa itu berkongsi perkara tersebut selepas menjawab pertanyaan dari netizen sewaktu siaran langsung.
Kata Ameera meskipun warga maya tidak selesa untuk menonton filem tersebut kerana terdapat adegan tertentu, tetapi dia masih okay untuk melihatnya.
Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.
Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Imbas semula, pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.