Hiburan
Amerul Affendi Jana Pendapatan Melalui Perniagaan Ikan Patin Sangkar
Aktor Amerul Affendi mengusahakan perniagaan ikan patin sangkar bagi menambah sumber pendapatannya sepanjang PKP, PKPB dan PKPP.
Memetik laporan BH Online, perniagaan yang diusahakan di Temerloh, Pahang sejak dua tahun lalu itu diberi nama Patin Peng.
"Selain minat, saya sudah lama memendam hasrat berniaga ikan patin selama hidup di Temerloh. Ini selepas melihat rakan sekolah boleh jana pendapatan yang lebat, setiap bulan.
"Jadi, kenapa tidak saya menceburinya? Lagipun keenakan ikan patin Sungai Pahang sudah terbukti lain rasanya dengan tempat lain.
Ramai yang memuji keenakan ikan patin ini. Daripada situ, saya melihat perniagaan ini mempunyai potensi cerah," katanya kepada BH Online.
Bukan sahaja ikan patin, Amerul turut sedang menimbang untuk meneroka bidang tanaman cili.
Malah, sibuk menguruskan perniagaan tidak sesekali membuatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 itu berhenti dalam bidang lakonan.
"Nak berhenti agak susah sebab ia sama seperti minat saya terhadap dunia penternakan dan pertanian ini.
"Apabila minat terhadap sesuatu perkara, pastinya kita sanggup menahan azab sengsara yang dilalui," ujarnya lagi.
Sumber: BH Online
Must-Watch Video