gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Trio Aidyl Hr, Pika, Pikabu Intai Peluang Ke Muzik Mainstream, Pertaruhkan 'Way' - "Uniknya Lagu Ini Ada Lirik Bahasa Kedayan & Sabah"
BERITA
Rakam Video Rakan Serumah Lelaki Mandi Sekadar Gurauan, Akauntan Didenda RM3,000
VIRAL
"Saya Rasa Begitu Bersalah, Tekanan Sampai Ibu Hidap Kanser Lagi Sekali" - Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella

Gempak
Gempak
25/06/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman belum mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Saddiq, 32, berkata, fokusnya kini adalah untuk meraikan kemenangan itu bersama keluarga dengan mengajak mereka keluar makan bersama.

“Buat masa ini, saya hanya mahu bawa ibu, bapa dan keluarga pergi keluar makan bersama dahulu,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah Bella akan turut serta makan bersama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu hanya tersenyum dan mengunci mulut.

Dalam pada itu, Saddiq menitipkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya dan Bella yang menggelar diri mereka BASS (Bellas Astillah Syed Saddiq) kerana tidak putus mendoakan.

“Terima kasih kepada penyokong kami (BASS) yang sentiasa bersama tanpa disuruh atau diarahkan.

“Saya terharu kerana sejak dua tiga malam lepas mereka mengadakan bacaan yasin dan doa selamat untuk saya.

“Hari ini kita semua berkongsi airmata kemanisan atas doa kalian semua,” jelasnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sumber: Oh!Bulan

Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#makan
#Syed Saddiq
#Keluarga
#Menang
#Keluar
#Bawa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement